Text
Lillah Sebelum Lelah: Karena Tuhan tidak Menciptakan Hanya Untuk Mencari Kekayaan Sepanjang Hidup
Buku ini ialah sekuel buku Ubah Lelah Jadi Lillah. Buku pertama memfokuskan kepada konsep hijrah, manakala buku Lillah Sebelum Lelah pula membawa tema istiqamah dan mengelakkan daripada tergelincir ke lembah kelelahan. Proses lillah itu panjang, namun ia bermakna.
Mengapa kita sering gelisah dan mudah lelah? Salah satu puncanya adalah kerana sejak awal kita melakukan segala sesuatu bukan kerana Allah s.w.t. Hati dan fikiran kita tidak terkait kepada-Nya. Kita lebih memilih jalan pintas yang menurut penilaian kita, ia lebih mudah ditempuhi kerana lebih jelas. Atau, mungkin hati kita sudah yakin, tetapi fikiran kita tidak mampu menangkap janji-janji-Nya yang masih ghaib.
Kelelahan ini dapat diatasi apabila tiga prinsip penting menjadi pasak dalam kehidupan harian, antaranya:
Prinsip minallah (daripada Allah s.w.t.), iaitu memulakan sesuatu perkara bersumberkan satu jalan yang sama: segalanya daripada Allah
Prinsip ma’allah (bersama Allah s.w.t.), iaitu tetap bersama Allah s.w.t. dalam berjuang menjalani kehidupan seharian
Prinsip ilallah (menuju Allah s.w.t.), iaitu proses penyerahan diri hanya kepada Allah s.w.t. melalui kesabaran dan keikhlasan
| A20-1D00393 | 297 DWI l | RAK (D) | Tersedia |
| A20-1D00394 | 297 DWI l | RAK (D) | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain